//
you're reading...
Bab Thaharah

Pengertian Air الماء

Pengertian air

Air mutlaq (ﻤﻄﻠﻖ) adalah air yang suci dan mensucikan seperti air yang jatuh dari langi atau terbiat dari bumi dan masih tetap (belum berubah) keadaannya, seperti : air hujan, air laut, air sumu, air es yang sudah hancur kembali, air embun dan air yang keluar dari mata air.

Air musta’mal (ﻣﺴﺘﻌﻤﻞ) adalah suci tapi tidak mensucikan atau dengan kata lain air yang suci dalam arti tidak najis, boleh digunakan untuk minum (air buah-buahan, air nira, air kopi / sejenisnya) atau membersihkan kotoran secara fisik. Namun tidak bisa dijadikan media thaharah, yaitu mensucikan secara ritual (wudhu,mandi wajib). Terkait juga dengan air muqayyad dan air musyammah.

Air mutanajis (ﻣﺘﻨﺠﺲ) adalah air yang terkena najis sehingga berubah warna, bau atau rasa walaupun jika dicampur hingga kadar dua kolah

Qullah (قلتان) adalah satu sukatan (ukuran) minimum yang mana air kekal menjadi air mutlak,menurut  mengikut mazhab Syafi’i

Air musyammas (ﻣﺸﻤﺲ) adalah air yang terjemur di bawah panas matahari bagi negeri-negeri beriklim panas. Hukum air tersebut hanya pada air yang diisi ke dalam bekas yang bukan emas dan perak. Air tersebut hanya makruh ketika panas untuk digunakan pada badan dan makanan serta minuman. Walau bagaimanapun, air yang masih panas tersebut boleh digunakan untuk membasuh pakaian. Air yang sudah menyejuk tidak lagi makruh digunakan.

Air muqayyad (ﻣﻘﻴﺪ) pula ialah air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya sama ada dari segi warna, bau atau rasa yang menyebabkan air tersebut tidak dipanggil air mutlak lagi.

Walau bagaimanapun, qayyad pada air terbahagi dua:

  • Qayyad Lazim – iaitu qayyad yang tidak bercerai sehingga menjadikannya berbeza langsung dari air mutlak seperti air kopi, air madu air mawar.
  • Qayyad Musfaq – iaitu qayyad yang bercerai iaitu yang tidak lazim bagi air seperti air hujan, air perigi. Maka, ia masih lagi hukumnya air mutlak.

Qayyad Lazim juga turut dinamakan sebagai air mutaghayyir (المياه متغير) “almiahu Mutaghayyir” yang membawa pengertian air bervariasi.

About kamusfiqih

merupakan media sharing tentang definisi berkaitan dengan materi fiqih, dll

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: